Wednesday 3 August 2011

JADIKAN KAMI ANAK YANG SOLEH

Ya Allah, ampunkan dosa-dosa ibu bapaku, panjangkan umur mereka,tempatkan mereka ke syurga tanpa dihisab terlebih dahulu,sihatkanlah kedua mereka supaya dapat mengabdikan diri kepadamu,berilah kebahagiaan kepada mereka didunia dan akhirat,berilah aku kesempatan untuk membalas jasa mereka yang tidak terhitung nilainya...aku bersyukur kerana mempunyai ibu dan bapa sepertimu.
Beruntunglah bagi anak-anak yang menghormatimu.....




Monday 1 August 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.